farisdjunos


Puisi: Ikhlas Buat Mu

Posted in Awal kalam by farisdjunos on March 7, 2013

Biro tarbiyah cawangan sudah meletakkan pengganti..
Secara tadaruj akan mula dilepaskan kepada Sang Murobbi yg baru..
Sedikit sayu+sedih selubung dalam diri ana..
Sayang benar ana pada antum..
Semoga terus tsabat dalam jalan dakwah..

Puisi ni ana buat khas untuk setiap diri antum..
Setiap diri yg bergelar mutorobbi

Yang ana yakin, pasti juga menjadi murobbi satu hari nanti =)

 

Ikhlas Buat Mu

 

Akhunna

Rindu itu datang lagi

Hadir menyengat dalam diri

Kali ini,

Sayang itu benar2 di dasar hati

Tertanam jauh di lubuk hati

 

Akhunna

Doa ana sentiasa mengiringi

Di dua pertiga malam hari

Semoga lebih hebat dari hari ke hari

Supaya layak tempatnya tertinggi

 

Akhunna

Walaupun hanya sementara waktu

Ikatan cukup terasa di kalbu

Ingin sekali sentiasa bersama mu

Namun diri dicemburui waktu

 

Akhunna

Sedikit pesanan buat dirimu

Jadikan al-quran pendamping hidupmu

Jelmaan makhluk yg membantu dirimu

Di hari kemudian yg pasti berlaku

 

Akhunna

Tidak terhenti nasihat dariku

jadikan matsurat benteng dirimu

Siang dan malam dibaca selalu

Supaya selamat dari kongkongan nafsu

 

Akhunna

Lagi pesanan buat dirimu

Solat jemaah pastikan selalu

Amal pertama dihisab dahulu

Andai lepas, selamatlah dirimu

 

Akhunna

Byk lagi nasihat buatmu

Cuma khuatir jadi beban buatmu

Mungkin cukup sementara waktu

Kerana diri ada batas dan waktu

 

Akhunna

Uhibbukafillah ya akhunna

#Murobbi baru antum jauh lebih hebat dari ana =) Image

Hujan renyai..

Posted in Awal kalam by farisdjunos on February 5, 2013

Hari ni saya perlu “mobilize”. Ada yg perlu di fax, di telefon dan hari ni ada bahan bacaan tambahan yg perlu dihadam utk keperluan ummah. Jam 745am dah keluar rumah. Jalan jem. Tp x perlu rushing sangat nak ke fakulti. Xda kelas cuma sekadar nak buka kiosk. Plan nak buka setengah hari je, tapi jam 1015am kuih-kuih abang wan semuanya habis terjual. Alhamdulillah..! Murah rezeki abang Wan hari ni. Pecah rekod rasanya (Hari paling awal kuih habis terjual). Mungkin jugak kuih yg dihantar x sebanyak mana. Mungkin jugak cuaca yg dalam keadaan hujan renyai. Staff lebih cenderung utk membeli sahaja di fakulti berbanding perlu meredah hujan di luar sana.

Kuih dah habis. Resit diambil utk mengira untung. Alhamdulillah. Masuk jugak duit. Selesai dengan resit, cepat2 siap kemas barang. Kesempatan yg ada harus diguna sebaiknya. Rasanya kereta xcukup minyak kalau nak sampai ke desa ilmu. Jadi perlu beri juga ruang masa utk mengisi minyak. Tengah2 nak susun kerusi, datang satu kelibat yg samar2 dalam ingatan. “Ohh, Dr Cairo” (dalam hati).. Dr Cairo ni pernah mengajar subjek biochemistry suatu ketika dahulu. Aku tersenyum. “Any food available?” kata Dr Cairo. “Sory Dr, all food already finish” dengan rasa serba salah membalas pertanyaan Dr. “At this time?” Saya hanya mengagguk sambil lagi tersenyum. Lantas dia ke chiller. Memegang air cincau herba. “This drink is very cold, I can’t take this”, balas Dr lagi. “You need a warm one?, I have the warm one”, balas saya. “that’s great, how much?” “one fifty Dr” Akhirnya selesai juga urusan jual beli dengan customer terakhir saya pada hari ini. Dia berlalu dengan keadaan yg sedikit kecewa (mungkin hanya breakfast dengan air cincau)

Dulu first intention memang nak cari duit lebih sikit bila buka business ni. Tp sekarang terasa seperti perlu berkhidmat dengan cutomer pulak. Kesian rasanya dekat staff2 fakulti yg perlu berjalan jauh hanya utk mendapatkan makanan ringan utk sarapan. Kadang2 tu sampai ada lecturer yg memuji. “Why now only you open the stall?” Saya hanya tersenyum.  Staff yg kelaparan dan memilih cara terbaik dan mudah utk mereka mendapatkan makanan. Dulu rasa malu2, tapi sekarang rasa bangga bila dapat penuhi permintaan staff fakulti. Siapa yg belum rasa kuih abang Wan, mai la ke sini.

Kehadapan semua pembaca sekalian, sebenarnya perkara yg sama juga berlaku dalam konteks dakwah kita kepada masyarakat. Customer kita (masyarakat yg kurang  faham dengan islam), sangat lapar dan dahaga dengan islam. Mereka masih mencari, nikmat yg mereka perolehi dalam agama islam. Kita yg sudah pun rasa nikmatnya dalam beragama islam wajar utk sama2 share dan mengajak mereka kepada kehidupan islam yg sebenar. Sehingga mereka benar2 terasa nikmat untuk penuhi setiap tuntutan islam yg syumul dan juga sebagai fitrah mereka selaku manusia. (kan lapar kalau kita tidak makan). Carilah uslub (cara) terbaik utk “customer” kita dekat kepada kehidupan islam yg sebenar. Dan tanpa kita sedari, rupa-rupanya kita juga sedang berjual beli dengan pencipta kita utk masuk ke syurgaNya. Itulah nikmat yg akhirnya kita akan kecapi andai benar2 berjuang utk tegakkan syariat Allah.

#Hujan makin lebat. Mudah2an xada staff yg mengeluh kiosk tutup awal hari ni.. hee ^_^
Image

aKU iGin MenCintaiMu.. :)

Posted in Awal kalam by farisdjunos on July 3, 2011

Lirik lagu: Aku Ingin Mencintaimu🙂

 

Tuhan betapa aku malu,

Atas semua yang Kau beri pada’diriku,

Terlalu sering membuatMu kecewa

 

Entah mungkin kan aku terlena

Sementara engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali…

Dalam fitrahku, sebagai manusia,

Untuk menghambakanMu

Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

 

~Chorus

Aku Ingin Mencintaimu setulusnya, sebenar-benar

Aku cinta dalam doa, dalam ucapan dalam setiap langkahku.

Aku Ingin mendekatimu selamanya, sehina apapun diriku

Ku berharap untuk bertemu dengan mu Ya-Rabbi..

 

-lagu leh dengar kat FB ana.. (x dapat nk upload) hee..

 

Alhamdulillah…

Ana sebenarnya baru sahaja pulang dari rehlah bersama-sama dengan ikhwah KL yang bercuti..

Sungguh, nikmat berukhwah itu sangat indah🙂

Doa

Posted in Awal kalam by farisdjunos on June 13, 2011

Bismillah hirrahman nirrahim. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam dan selawat ke atas nabi junjungan Muhammad bin Abdullah S.A.W. Supaya kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur dengan nikmat-nikmatNya yang pastinya tidak akan terbayar olah kita.

Allah tidak membebani hambaNya sekiranya beban itu tidak mampu ditangani hambaNya. Inilah kalimat yg perlu saya dan pembaca yakini. Sebelum masalah itu diturunkan, penyelesaiannya telah terlebih dahulu diturunkan. Jesturu itu, kita yang sepatutnya perlu bijak dan penuh berhikmah dalam mencari penyelesaiannya. Tidak perlu terburu-buru dalam mencari jawapan. Carilah dengan penuh ketenangan dan kita disarankan untuk sentiasa berlapang dada kepada Allah. Sungguh, kasih sayang Allah melebihi kemurkaaNya. Di saat saya menaip isi kandungan blog ini, beban dan masalah yang saya tengah hadapi kini sangat besar. Seumpanya tidak mampu untuk saya tangani. Maka, kepada semua pembaca blog saya kali ini, ikhwah dan akhwat, saya sangat memerlukan doa kalian agar saya terus kuat dalam menghadapi masalah pada kali ini.

Masalah yang saya tengah hadapi kini merupakan masalah keluarga. Mungkin tidak perlu diterangkan secara terperinci mengenai masalah ini. Cukuplah sekadar diri ini dan murobi saya mengetahuinya dan Allah yang pastinya. Cuma sekali lagi yang saya minta iaitu doa kalian yang akan membantu saya untuk terus kuat dalam menghadapi masalah ini.

Yang Hak pasti dapat mengalahkan Yang Batil. Ini juga perlu saya dan kalian yakini. Teruskanlah memperjuangkan yang Hak walaupun ianya pedih dan sakit! Bagi ikhwah dan akhwat, antum sangat berada dalam landasan yang betul. Istiqamahlah dalam jalan dakwah yang antum sudah pilih. Marilah kita sama-sama menguatkan. Jangan sampai kita tidak sedari andai ada ikhwah atau akhwat yang tengah bersedih akibat kelalaian kita. Ya betul! Dakwah sentiasa menjadi keutamaan kita tapi ini tidak bermaksud untuk langsung mengabaikan silaturrahim yang telah sekian lama terbina.

Dalam penulisan kali ini juga, saya mengambil peluang untuk mengucapkan sekalung tahniah buat ikhwah/at yang telah berusaha sehabis baik untuk menjayakan program Zero to Hero sempena pendaftaran pelajar baru asasi. Semoga semuanya berjalan seperti yang dirangka.

Buat mutarabiku, ingat pengisian ana yang terakhir ye. Semoga iman antum seperti harganya emas.

Sekian daripada Akhi Farisd.

Jangan lupa doanya ye.😉

Sedikit coretan@halaqah yg terakhir..

Posted in Awal kalam by farisdjunos on April 18, 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Pagi ni tidak seperti pagi2 yg lain. Sunyi sangat. Slalunyer, seawal 730 pagi sudah akan ada pelajar  yang  menunggu  bas di depan Cempaka untuk ke kelas. Tapi pagi ni, seolahnya macam aku sorang je yang ke fakulti. Lantas suasana pagi ni mengingatkan aku yang minggu study week sudah bermula. Yup! Hari ini, merupakan hari pertama minggu study week dan memang sepatutnya tiada kuliah yang diadakan sepanjang minggu ni. Jadi, pelajar bebas untuk mengulangkaji pelajaran mereka di tempat yang mereka rasa selesa untuk berbuat demikian. Ada yg memilih library (CAIS), fakulti dan yang paling ramai ialah akan memilih bilik sendiri sebagai tempat untuk mereka mengulangkaji pelajaran. Andai mengantuk membaca bahan ilmiah, boleh terus lentok atas bantal.

“Farisd, make sure you submit the report before or sharp on 830. Otherwise I will penalize your marks! Itulah ungkapan yg dikeluarkan oleh pensyarah ku hari jumaat lepas. Sepatutnya submit hari jumaat before 5pm, tapi dek gara2 pdrive yg hilang sebelum di print, aku pun pergi la buat muka kesian depan pensyarah untuk extend due date. Nasib baik dapat extend. Kalau x, dah dapat telur ayam.  Sebab tu lah awal2 pagi lagi hari ni dah ke fakulti untuk submit report. Jam dah menunjukkan pkul 820. So, lebih kurang 10 minit je lagi sebelum aku dipenalize. Sesampai di fakulti, aku terus meluru masuk ke lobi dan terus ke room G3 untuk berjumpa dengan pensyarah. Hmm, lecturer aku memang dah ada kat dalam ofis. Tetibe increase plak heart beat ni. Xpe, aku bukannya buat benda salah pon.

Tok3x! “Yes Farisd, come in”. “Slamat pagi Dr.” “Yes, good morning. So, u want to submit you report now?” “Yes Dr.” “Ok. Good n on time” Sambil tersenyum, aku pun membalas. “Tq Dr.” Fuh… Selesai satu benda…

Minggu lepas merupakan minggu yg tenat bagi diri ku. Start dari Isnin, sampailah hari Jumaat, purata setiap hari untuk aku hantar (assignment+report+presentation) tidak kurang jumlahnya dari 3. Jangankan tidor, makan pun kadang2 telupa. Bilik dah xtahu macam ape. Terok betol. Ditambah dengan proposal yg perlu dihantar semula selepas direject oleh pensyarah 2 minggu lepas. Asif jiddan juga buat mutarobbiku kerana tidak sempat untuk menziarahi antum pada minggu lepas.

Walaubagaimanapun , alhamdulillah pada sabtu malam yg lepas sekali lagi sempat untuk aku berhalaqah untuk terakhir kalinya bersama mutarobiku. Terharu rasanya apabila hampir semua yg datang pada malam tu mengucapkan terima kasih kepada ku sebelum bersurai.  Sepertinya sungguh ikhlas dengan apa yg keluar dari setiap mulut mereka. “Iman manusia ni memang ada kalanya akan meningkat dan akan ada kalanya akan menurun akh. Bila meningkat, itu tidak menjadi masalah, tapi apa yg perlu dikhuatiri ialah apabila ia menurun. 4 bulan cuti merupakan jangka masa yg sangat lama akhi.” Belum sempat aku menghabiskan ayat2 aku, sorang daripadanya menyampuk. “Kami x cuti la akhi. Kami di sini je.”  “Ye lah. Maksud ana 4 bulan bercuti dari halaqah. Kan lama tu.” Bagi ikhwah intake disember, mereka digalakkan untuk ambil antara sesi pada cuti kali ni. Kesian pulak dekat diorang sebab xdapat nak bercuti bersama keluarga. Xpe. Itulah pengorbanan yg mereka harus lakukan.     Lalu aku pun meyambung semula pengisian yg terhenti seketika.

“Antum pernah beli emas?” Soalku kepada mutarobiku. Hampir semuanya jawab x pernah. Ops, bukan hampir, tapi memang semuanya jawab x pernah. Aku pun menambah. “Antum pernah x tengok graf kenaikan harga emas?” Masih semuanya menggeleng kepala. “Emas ni, kalau antum beli 10 tahun atau 5 tahun yg lepas,harga emas x kan sama nilainya dengan tahun ni. Harga emas tahun ni jauh lebih tinggi berbanding 5 atau 10 tahun yg lepas. Ataupun, andai kata antum beli emas  tahun ni, harga emas 10 tahun akan datang akan jauh lebih mahal nilainya berbanding dengan harga yg antum beli pada tahun ini. Itu yg pasti.” Kali ni, barulah mereka anggukkan kepala; tapi bukan tanda setuju, tanda faham. “Tapi akh, harga emas ni memang akan kadang2 menurun dan akan kadang2 meningkat. Cumenyer, nilai turun harga emas tu akan ditampung semula dengan peningkatan nilai yg jauh lebih tinggi. Itulah sebabnya harga emas akan sentiasa meningkat” Sekali lagi mengangguk tanda faham. “Jadi ikhwah fillah yg ana sayangi, macam tu lah jugak harapan ana dekat antum terhadap graf peningkatan iman antum. Andai tibe2 rasa down, cepat2 cari inisiatif untuk tingkatkan semula. Mintak lah nasihat dari mana ikhwah yg dapat membantu. Bila kita dah bercuti dari halaqah nanti, jangan tinggalkan ye mutabaah antum. Sebab mutabaah tu lah nanti yg akan menjadi pendinding diri kita untuk tidak terjebak dengan perkara2 yg tidak berfaedah. Satu request ana waktu cuti ni”. Semuanya buat muka suspen. “Xde ape2 pun, cume ana mintak keep msg dengan ana waktu cuti. Boleh?” “Uish, boleh sangat2”. Jawab salah sorang dari mereka. Aku pun tersenyum tanda gembira dengan jawapan mereka.

~tergendala seketika, nak solat zohor lok.🙂

~18/04/2011; surau cempaka.

Pengorbanan.

Posted in Awal kalam by farisdjunos on January 30, 2011

Assalamualaikum w.b.t. Ketemu lagi setelah menyepi hampir beberapa minggu. Bagi ikhwah/at yg sentiasa menunggu post terbaru dari ana, asif jiddan dari ana. Banyak hendak dikongsi tapi dek kerana kekangan masa dan melihat kepada aula keutamaan, ana pun menyepikan diri. (Hehe.. alasan je tu)

Dua hari lepas, ada lah seorang ikhwah ni berborak-borak dengan ana. Bertempat di kolej yang Cemerlang dan Ceria selepas jemaah asar, kami pun memulakan sesi perbualan. Rancak lah jugak berborak. Macam-macam isu yg disentuh. Kuliah, assignment, kuiz, management masa, riadah dan sampai la kepada satu soalan seorang akh ni kepada ana… jeng3x

“Bang Farisd, mcm mane ana nk jadi murobbi macam enta?”. Itulah soalan yg dilontarkan kepada ana. Bukanlah killer question, tapi entah kenapa ana x boleh nak terus direct untuk jawab soalan ni. Terdiam dibuatnya dan rasanya sampai sekarang soalan tu x terjawab lagi..

Dan tidak adil rasanya untuk terus berdiam diri tanpa sebarang jawapan. MAka pada saat ini, mungkin inilah jawapan yang ana rasa  sesuai untuk diberikan kepada akhi yang bertanya.

Sesuai dengan tajuk yang dipilih, maka itulah jawapannya. Tidak lain dan tidak bukan ialah PENGORBANAN sebagai salah satu ciri yang wajib ada bagi setiap da’ie yg bergelar MUROBBI.

Gmbar selepas program zero to hero bertempat di Dewan Suarah, Samarahan.

Ya akh (kepada akhi yg bertanya), ana kagum dengan semangat yg enta ada untuk mula memberikan sesuatu kepada agama. Akan tetapi, semangat sahaja masih tidak mencukupi melainkan enta sudah bersedia untuk mengorbankan harta yg enta ada. Wang ringgit, masa, tenaga dan ilmu merupakan antara harta utama  yg enta ada untuk diinfakkan kepada agama. Dan semua perkara yg ana senaraikan td perlunya kepada pengorbanan individu itu sendiri untuk menjadikan dirinya sebagai seorang MUROBBI yg SUCCESS Insya-Allah!

~Rasulullah saw bersabda, “Perumpamaan seorang muslim adalah seperti seekor lebah. Jika ia makan, ia makan sesuatu yang baik. Jika mengeluarkan, ia mengeluarkan sesuatu yg baik. Jika hinggap di dahan yg kecil, ia tidak mematahkannya. Ia juga tidak rusak dan merusakkan.” HR BAIHAQI dari Abdullah b Amr ra.

Hampir setahun diri ini bergelar seorang murobi, dan cabaran mahupun dugaan yg mendatang seolahnya tidak selari dengan jangka masa yg dialami. Tanpa adanya sifat pengorbanan dalam diri,  pasti diri ini tidak mampu untuk terus memberikan sesuatu kpd agama Allah. Ikhwah fillah, semoga setiap pengorbanan yg kita lakukan dapat kita ikhlaskan sepenuhnya dan seterusnya akan mendapat ganjaran yg setimpal di sisi Allah di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.  Mungkin sekadar ini sahaja coretan ana pada post kali ini dan  pengalaman ana yg tidak seberapa  sebagai murobbi untuk dkongsi bersama. Moga bermanfaat kepada antum khususnya kepada mujahid-mujahid yg baru sahaja lahir di bumi kenyalang tok.

Selangkah ke hadapan.

Posted in Awal kalam by farisdjunos on January 9, 2011

Salam kepada semua pembaca. Alhamdulillah, akhirnya diri ini berjaya juga merangka sebuah blog setelah sekian lama menunggu masa yang sesuai untuk melahirkan satu lagi sumber bacaan yang insyaAllah akan membawa manfaat kepada pembacanya. Tidak terlambat lagi dan tidak salah rasanya untuk diri ini mengucapkan selamat menyambut kedatangan tahun baru dan semoga kedatangan tahun ini membawa kita selangkah lagi ke hadapan! Jadikan pengalaman hidup yang lepas sebagai “private teacher” dalam diri kita dalam mengharungi cabaran hidup yang pastinya lebih hebat untuk kita tempuhi. Akhir kata dari saya, selamat membaca.

Saudara seakidah


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.